Taklimat Advokasi di SMK Semop (Siri I Tahun 2018)
1 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 31 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Taklimat Advokasi di SMK Semop. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi aktiviti kokurikulum di sekolah ini.Pada hari tersebut, para peserta telah diberikan taklimat mengenai peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti masyarakat di samping memberi taklimat kepada peserta agar menggunakan kemudahan internet dengan cara yang yang selamat dan berwaspada.
Program ini telah di sertai oleh seramai 184 orang pelajar Tingkatan 2 dan 4 serta 5 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Progam Advokasi ini dijalankan selama 3 jam iaitu daripada pukul 1050 pagi hingga 12.50 tengahari yang merangkumi aktiviti seperti slot Klik Dengan Bijak (KDB), Check Your Level (CYL) dan soalan kuiz ICT. Diharap dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat memahami tentang pentingnya aspek keselamatan semasa menggunakan internet & pentingnya ilmu mengenai teknologi maklumat pada masa kini.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar & guru SMK Semop. Pusat Internet Semop doakan kecemerlangan dan kesejahteraan warga SMK Semop. Amin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :